Makkah

Tanah suci bagi org yang beragama islam, setiap mereka akan menyimpan hasrat untuk bertandang ke Tanah Suci, bagi mereka yang terbuka hati.

Keindahan tanah suci akan muncul didalam diri setiap mereka yang hadir di sini, walaupon dari pandangan mata kasar, tiada apa yang istimewa terutama dari sudut bandar, akan tetapi keindahan yang sejati akan terpahat indah dalam sanubari.

Makkah
Makkah

Iklim mekkah

Cuaca akan menjadi panas ketika bulan March – October, tahap kepanasan akan terasa bagai api disebelah, angin yang bertiup juga membawa haba panas yang kuat, namun ia akan bertukar kepadaa kesedaran bagi mereka yang diseru untuk datang. Namun begitu perlu diingat keindahan yang muncul apabila anda dapati kepanasan itu akan memberi petunjuk, bahawa bukan semua tempat anda berdiri adalah panas, Di kaabah, contohnya, kepanasan tak akan terasa.

Makkah
Dari Bilik Hotel – Memandang Ke Masjidil Haram

Pada musim panas, pukul 8 pagi kepanasan sudah dapat dirasa, sehingga malam hari. Ia seolah memberi anda satu ujian getir, antara keinsafan serta kesedaran.

Pada bulan November-February cuaca amat dingin, keindahan akan menjadi lebih tenteram, seolah anda berada disuatu tempat yang tak pernah anda alami.Kedinginan itu menjadi lebih bererti, apabila bumi dilaungkan azan tanpa henti.

Hilton Suites Makkah
Hilton Suites Makkah

Disini kiblat matahari terbenam tidak lagi menjadi rujukan, kerana kiblat berada disisi anda, kiri dan kanan, depan dan dibelakang.

Masjidil Al Haram dikelilingi bangunan bangunan, hotel, perumahan, gunung ganang, padang pasir, sepohon dua pokok hijau yang tumbuh ditepi jalan dan tumbuh diatas bukit berbatu yang kering.
Tidakkah itu satu pengalaman diluar jangkaan anda?

Bangunan shopping complex juga terdapat banyak disini dan semuanya berhawa dingin. Di bumi ini anda tak akan dapat melihat wajah artis atau model didinding bangunan, shopping complex, ia akan menjadi satu kesedaran pada anda bahawa, tiada yang lebih tinggi darjat disini, semuanya sama, wang ringgit tak lagi menjadi satu rebutan.

Maka jadilah seorang hamba disini, melawat Makkah Kota, Lihat keajaiban yang bakal anda tempuhi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *